Muslimah: Tudung "Fesyen@Aurat"
29/10/2012, 9.00 pm
Wanita dan Tudung : Fesyen atau Aurat..?
Assalamualaikum
dan salam sejahtera pada para pembaca yang dirahmati Allah sekalian.
Pada post kali ini, ana ingin membicarakan sedikit sebanyak mengenai
tudung seorang muslimat di sisi Islam. Sekalipun tajuk ini boleh
dikatakan hot atau sebagainya, namun apa yang ana boleh perkatakan di
sini, hukum Allah mesti ditegakkan apabila menyentuh persoalan mengenai
hukum-hakam syariat. Sejujurnya, ana sedikit pun tidak gentar jika ada
yang tidak bersetuju dengan penulisan ini, sedangkan Allah lah yang
telah menentukan hukum yang sebenar berkenaan dengan kewajipan wanita
muslim menutup aurat. Seperti mana dalam firman Allah S.W.T. :
Maksudnya:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah
mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah
suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera
saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan
janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur: 31)
Kehendak ayat ini adalah jelas. Allah tidak menerangkan lebih lanjut tentang maksud ayat ini dan tidak terdapat hadis qauli (ucapan Nabi) yang sahih tentangnya. Namun begitu, hadis iqrari (perakuan Nabi) yang sahih tentangnya amat banyak sekali. Ini merupakan hadis berbentuk perakuan Nabi terhadap para sahabat wanita yang semuanya bertudung setelah turun ayat tersebut. Di antaranya adalah:
Yang pertama, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah radhiAllahu ’anha:
"Allah
merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat
(yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju
mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa
sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."
Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah binti Shaybah katanya:
"Ketika
kami bersama ‘Aisha r.a., kami menyebut-nyebut tentang
kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aisha menyampuk: "Memang benar
wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak
pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi
kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah
turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan
leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami
mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan
kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua
kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada
mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling
mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman
kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang
bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada
atas kepala mereka."
Tudung
oh tudung? Kenapa tudung yang menjadi bahan cerita, bahan yang
dijadikan isu atau bahan yang ditertawakan..? Sukarkah untuk bertudung,
sehingga sebahagian daripada wanita muslim sanggup melanggar hukum yang
telah disyariatkan? Malah ada juga sebahagian besar mereka menjadikan
hukum bertudung ini sebagai satu trend atau fesyen untuk kelihatan
cantik dan menarik. Memang ini satu permulaan yang baik bagi mereka yang
sukar untuk berubah secara drastik. Tetapi ana hairan fesyen bertudung
berbonjol di atas kepala, nampak leher, bentuk kepala, pendek, ketat,
jarang, berbelit dan sebagainya menjadi pilihan mereka. Dan ada juga
kebanyakkan mereka menggunakan selendang (yang jarang, pendek 1 kaki
setengah) untuk menutup kepala mereka. Malah ana difahamkan
fesyen-fesyen tersebut kebanyakkannya direka oleh non-muslim dan ada
juga fesyen-fesyen tersebut dari Indonesia dan Timur Tengah.
Fesyen-fesyen dan Trend ini telah membuat satu transformasi yang negatif kepada segelintir muslimah yang bertudung labuh. Ramai yang dahulunya bertudung labuh malah ada yang berpurdah mula mengikut-ikut trend ini. Ada juga mereka bertudung labuh ikut mode berhubung dengan kisah benar kakak ana cerita kat ana yang ada seorang sahibah ni amik jurusan Usuluddin tahu mengenai hukum hakam tetapi tidak mengamalkan dan menghayati apa yang dipelajari. Dia berpakaian ikut mode. Kalau hari ini rasa nak pakai jubah ngan tudung labuh dia pakai tapi klo dia rasa nak pakai baju ketat ngan selendang 1 meter setengah dia pakai lebih-lebih lagi kalau keluar dengan teman lelaki. Ana rasa perkara ini tidak harus terjadi. Ini boleh menyebabkan golongan muslimah yang bertudung labuh akan dipandang serong dan dianggap hipokrit. Permasalahan ini sukar untuk dibendung kalau bukan kesedaran yang timbul atas diri mereka sendiri.
Dua Penghuni Neraka
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya,hadis no: 2128, Rasulullah SAW bersabda:
“Terdapat dua golongan penghuni neraka yang saya tidak akan jumpa: (Pertama) Orang yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang dan(Kedua)
wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagi
mencenderungkan. Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke
sebelah. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu
baunya sekalipun bau syurga itu dapat dihidu dari jarak yang
sekian-sekian.”
Hadis
ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin ana kongsikan
bersama para pembaca sekalian, agar kita sama-sama dapat mengambil
iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua golongan
penghuni neraka yang Rasulullah SAW tidak akan jumpa. Ertinya dua
golongan tersebut ialah dari kalangan mereka yang hidup selepas
kewafatan Rasulullah. Ini merupakan salah satu bukti kebenaran
hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan seribu empat
ratus tahun yang lalu benar-benar berlaku.
Golongan pertama
ialah mereka yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu, yakni tali
sebatan. Mereka menggunakannya untuk memukul orang-orang lain. Ini
merujuk kepada orang-orang yang memiliki kuasa lalu menggunakan kuasanya
untuk menghukum orang lain tanpa pengadilan yang sewajarnya. Tentu saja
yang segera terlintas di fikiran kita ialah para pemerintah yang
diktator. Ini benar namun tidak tepat kerana hadis di atas bersifat
umum, bererti ia merujuk kepada sesiapa jua yang memiliki kuasa lalu
menyalahgunakan kuasanya untuk menghukum orang secara tidak adil.
Justeru selain pemerintah negara, ia juga boleh merujuk kepada pengarah
syarikat, ketua jabatan, amir jamaah dan juga seorang ayah.Berdasarkan
kaedah qiyas (analogi), cara menghukum tidak terhad kepada tali sebatan
yang diperbuat dari ekor lembu sahaja. Apa sahaja alat atau cara yang
dapat menghukum dan mendera seseorang termasuk dalam kategori ini.Oleh
itu sesiapa jua yang memegang kuasa dalam apa jua urusan, hendaklah
menjadikan hadis ini sebagai peringatan. Jangan menghukum orang bawahan
sesuka hati, sebaliknya adililah mereka dengan seadil-adilnya. Hendaklah
mendengar hujah atau pembela mereka seandainya mereka bersalah dan
berilah hukuman yang bersifat mendidik dan membina.
Golongan kedua
merujuk kepada para wanita yang memiliki beberapa ciri berikut.
Pertama, mereka berpakaian tetapi telanjang. Maksud telanjang dalam
konteks ini ialah wanita yang mengenakan pakaian yang nipis sehingga
menampakkan aurat mereka di sebaliknya. Juga wanita yang mengenakan
pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka di
sebaliknya. Tidak ketinggalan ialah wanita yang memakai pakaian yang
terbelah di sana-sini sehingga sekalipun ia menutup aurat, pada
hakikatnya aurat-aurat tersebut akan terdedah ketika berjalan atau
ditiup angin.Kedua, ia merujuk kepada wanita yang bergaya, berjalan dan
berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk
menarik perhatian lelaki. Seterusnya secara sedar atau tidak, wanita ini
menjadi ikutan wanita lain untuk turut bergaya, berjalan dan berfesyen
dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik
perhatian lelaki. Fenomena sebeginilah yang disebut sebagai “trend” masa
kini dan inilah yang dimaksudkan dengan sabda baginda sebagai “…yang
cenderung lagi mencenderungkan.”
Antara
fesyen yang dimaksudkan ialah mengikat sanggul di belakang kepala
dengan menyudutkannya ke atas. “Trend” yang digelar sebagai “Sanggul
Arab” dianggap terkini oleh sebahagian wanita masa sekarang, sama ada
yang bertudung atau tidak. Namun fesyen ini telahpun diramalkan oleh
Rasulullah SAW seribu empat ratus tahun yang lalu. Ia baginda umpamakan
sebagai bonggol unta. Hanya bonggol unta menyudut lurus ke atas manakala
sanggul arab menyudut ke atas sambil condong ke belakang.Ada yang
begitu taksub dengan fesyen sanggul arab ini sehingga sanggup memakai
rambut palsu yang diikat sebagai sanggul atau membeli terus sanggul
palsu. Ada juga pekedai yang menjual tudung arab lengkap dengan sanggul
arab tiruan di dalamnya. Semua ini menambah kesalahan, menambah dosa.
Ini kerana mereka melakukan dua kesalahan, pertama ialah berfesyen
sanggul arab sementara yang kedua ialah memakai sanggul palsu.
Sanggul palsu termasuk dalam kategori rambut palsu yang diperingatkan oleh Rasulullah: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta rambutnya disambungkan.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934]
Maksud
menyambung rambut ialah mengenakan rambut palsu, tanpa dibezakan sama
ada ia dari rambut manusia, haiwan atau buatan manusia.
Penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Wanita yang berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyudut ke bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat dengan menyudut ke atas seperti bonggol unta. Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul arab.
Setelahmenerangkan ciri-ciri kedua-dua golongan tersebut, Rasulullah SAW menambah bahawa mereka bukan sahaja akan menjadi penghuni neraka tetapi akan dijauhkan dari syurga sejauh-jauhnya. Mereka bukan sahaja tidak melintas di tepi syurga,tidak melihat syurga, bahkan tidak dapat menghidu keharuman syurga padahal keharuman itu dapat dihidu dari jarak yang jauh. Ini menunjukkan kedua-dua golongan di atas berada benar-benar jauh dari syurga Allah. Semoga ini menjadi peringatan yang melekat dalam diri kita, dalam tanggungjawab harian kita dan dalam fesyen harian kita.
MashaAllah..Sungguh
sukar ujian para da`ie pada zaman sekarang.Walaupun dunia di penghujung
zaman ramai yang sudah tahu tetapi mereka hanya menunggu usia tua
sahaja untuk bertaubat. Ya Allah berikanlah mereka kesempatan untuk
bertaubat, bukakanlah pintu hati mereka untuk menerima hidayah-Mu.
5 Perkara bawa wanita ke Syurga
30/10/2012, 11.17 am
1. Melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
2. Mentaati suami.
Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
3. Selalu mengingati Allah.
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.
5. Berbuat baik dan banyak bersedekah.
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam
!!!!Selamat Beramal (n_n)!!!!


No comments:
Post a Comment